Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Assalamualaikum warahmatullah... Sahabat Roselle Marketing (JM 0454405-K) Produk Halal Muslim, Tanggungjawab Kita. Sahabat Roselle Marketing, memenuhi Fardhu Kifayah dalam Muamalah Islam ini. Marilah, kita satu hati, bersama menggunakan produk Halal, dari hasil tangan-tangan yang menjunjung kalimah Syahadah. Marilah, bersama kami memartabatkan ekonomi ummah.

Featured Posts

Monday, November 14, 2011

PEMBUKA BICARA

Semasa membeli belah barangan keperluan dapur dipasar raya atau kedai serbaneka, pernahkah kita bertanya sejauh mana sucinya sesuatu produk yang dijual??


Bagi pengguna Muslim, suci atau bersihnya sesuatu produk itu penting kerana ia sebahagian daripada garis halal yang perlu diketahui.

Bukan sahaja barangan berasaskan makanan, malah produk pengguna lain juga perlu melepasi tahap kesucian ini misalnya sabun mandi, serbuk pencuci, kosmetik, barangan kebersihan diri sehinggalah pakaian.

Mungkin kerana pembungkusannya yang cantik atau dikeluarkan oleh syarikat besar, maka kita beranggapan faktor bersih dan suci itu telah dipatuhi hinggakan tidak mengambil kira tentang kesahihan label halalnya.

Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim terutama beberapa pendedahan media sebelum ini misalnya mengenai tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.

Walaupun telah ada syarikat milik orang Islam mengeluarkan produk-produk pengguna seperti ini, tetapi adakalanya faktor pemasaran menyebabkan ia sukar dicari pembeli. Jika ada dijual di pasar-pasar raya besar, susun aturnya pula tersorok di sebalik jenama lain.

Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Sahabat Roselle Marketing (SRM) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.

Konsep kedai runcit dengan nama Sahabat Roselle Marketing dan Kedai Sahabat Roselle (nama bagi setiap cawangan) yang seumpamanya ini mula diperkenalkan pada tahun 2008 bagi memasarkan barangan runcit halal di bawah satu bumbung.

Berbeza dengan kedai runcit biasa, SRM menjalankan perniagaan selama 10 jam sahaja bermula pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang bagi setiap hari Sabtu  hingga Khamis, manakala tutup pada setiap hari Jumaat.

Beroperasi di Taman Impian Emas, Skudai Johor (HQ), konsep SRM yang menjalankan perniagaan berasaskan produk Muslim kepada pengguna beragama Islam ini pantas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna setempat.

Bertitik-tolak daripada ini, cawangan kedua mula beroperasi di Bandar Baru Uda, Johor Bharu pada Julai 2010. Ia disusuli cawangan lain iaitu di Taman Mutira Rini, Skudai Johor pada Mac 2011 dan cawangan terbaru di Taman Tasik Prima, Puchong Selangor pada Mac 2012 serta terdapat lebih dari 5 buah Rangkaian SRM di sekitar Negeri Johor.

"Maklum balas yang diterima meyakinkan SRM  untuk mengorak langkah membuka lebih banyak cawangan/rangkaian SRM di seluruh negeri Johor sekurang-kurangnya 1 rangkaian bagi setiap daerah.
 
SRM juga merupakan antara kedai pertama di Johor yang mewujudkan peruncitan islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran tempatan dalam operasi peruncitan.


Menggunakan tagline :

"Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."  

Visi perniagaan kami ialah:
  • Untuk mendorong pasaran HALALLAN  THOYYIBAH dan menjana peluang perniagaan bagi membangunkan ekonomi ISLAM.
  • Untuk membina sebuah Komuniti Pengguna dan Usahawan MUSLIM yang bersifat Jemaah.
  • Menjanakan kekuatan ummah melalui komitmen ekonomi dalam mempromosikan barangan HALALLAN  THOYYIBAH   yang berkonsepkan MUSLIM dengan membawa slogan 'PRODUK  MUSLIM  PILIHAN  ANDA’ bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan masyarakat ISLAM.

Dengan adanya kedai SRM, kami berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada pengguna.

Melalui rantaian niaga pula, kita ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi.

Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.

Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk  Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor. Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera. Manakala 20 peratus lagi merupakan produk Muslim dikeluarkan oleh negara-negara Islam di Timur Tengah seperti Yaman, Arab Saudi, Iran dan lain-lain.

Melalui perniagaan runcit Muslim ini, SRM memasarkan produk-produk Muslim ini secara sistematik selain menjamin kebersihan dan kesucian produk-produk yang dihasilkan.

Sebenarnya ada banyak produk halal keluaran bumiputera Muslim tempatan yang kualitinya setanding dengan jenama lain tetapi pada harga lebih murah sesuai dengan ekonomi semasa pengguna.

Bagi meluaskan lagi rangkaian SRM, kami membuka PELUANG PERNIGAAN kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan runcit ini.

Secara tidak langsung lebih ramai usahawan Muslim dapat dihasilkan melalui peluang perniagaan ini. Lantaran itu, dapat memacu ekonomi masyarakat Islam.
Menerusi pakej niaga yang kami disediakan, ia terbuka kepada usahawan atau bakal usahawan peruncitan untuk membuka kedai runcit berkonsepkan produk Muslim di seluruh negara.

Berminat???
Hubungi Talian Hotline kami : 
019 7703029 (En Yusuf)
Layari:
 www.sahabatroselle.com
www.sahabatroselle.blogspot.com 

PELUANG PERNIAGAAN

Kami ingin mengajak anda untuk sama-sama berjihad memartabatkan ekonomi ummah Islam dengan berniaga kerana 9/10 rezeki itu dari bidang perniagaan.

Kepada yang berminat untuk menyertai rangkaian Kedai Sahabat Roselle, kami membuka peluang kepada anda untuk menyertai kami dengan menjual dan memasarkan produk-produk halal sebagaimana yang terdapat di Kedai Sahabat Roselle. 

Dengan modal sekitar RM40k - RM50k, anda boleh memulakan perniagaan produk-produk halal muslim.Kami akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar (guidance) serta khidmat nasihat kepada peniaga terutama berkenaan "product knowlagde" bagi produk-produk kesihatan dan juga "package" yang ditawarkan oleh pengeluar dari masa ke semasa.

Untuk permulaan, kami mensasarkan untuk membuka 2 rangkaian bagi setiap daerah di Johor seperti berikut:
No
Daerah
Bandar Utama / Bandar Kecil
1
Muar
Bandar Muar
Parit Jawa
2
Ledang
Tangkak
Bukit Gambir
3
Batu Pahat
Bandar Batu Pahat
Parit Raja
4
Kluang
Bandar Kluang
Simpang Renggam
5
Segamat
Bandar Segamat
Labis/Chaah
6
Kulaijaya
Bandar Kulai
Kelapa Sawit/Bandar Tenggara
7
Pontian
Bandar Pontian
Pekan Nanas/Benut
8
Kota Tinggi
Bandar Kota Tinggi
Bandar Penawar/Penggerang
9
Mersing
Bandar Mersing
Endau

Saturday, November 12, 2011

KATEGORI PRODUK

Hampir 80 peratus barangan yang kami pasarkan merupakan produk  Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor. Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera. Manakala 20 peratus lagi merupakan produk Muslim dikeluarkan oleh negara-negara Islam seperti Yaman, Arab Saudi, Iran dan lain-lain.

Kategori produk yang kami pasarkan adalah seperti di bawah:
  • Produk Kesihatan
 
IQ, Minda, Khusus untuk lelaki/ wanita/ kanak-kanak dll

  • Produk Runcit (makanan dan minuman)












Sardin, Rempah Ratus, Kopi, Kordial dll 

  • Produk Bahan Pencuci & Penjagaan Diri
       
      sabun cuci baju, sabun mandian dll

      • Produk Sejuk Beku (frozen)
       
      Ayam organik, bebola. nugget, karipap segera dll



      طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
      “Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas 
      setiap orang Islam”.
      (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti

      RANGKAIAN SEDIA ADA

      Rangkaian Sedia Ada (Dalam Johor)

      NA SINAR MARKETING  
       Bandar Putra Kulai 

        



      D & YAD VENTURE
       No:22, Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 
      Pasir Gudang, Johor. 


      HASANAH MUSLIM SHOP 
       Taman Teratai, Kangkar Pulai, Johor.

        
       
        NAS MUSLIM MARKETING
      No. 98, Jalan Pasar, 86200 Spg. Renggam, Johor. 

       

       ZJ SHOP 
      No.10, Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang.


      HAB HALAL SOUQ 
      169, Jalan 1, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang.