Semasa membeli belah barangan keperluan dapur dipasar raya atau kedai serbaneka, pernahkah kita bertanya sejauh mana sucinya sesuatu produk yang dijual??
Bagi pengguna Muslim, suci atau bersihnya sesuatu produk itu penting kerana ia sebahagian daripada garis halal yang perlu diketahui.
Bukan sahaja barangan berasaskan makanan, malah produk pengguna lain juga perlu melepasi tahap kesucian ini misalnya sabun mandi, serbuk pencuci, kosmetik, barangan kebersihan diri sehinggalah pakaian.
Mungkin kerana pembungkusannya yang cantik atau dikeluarkan oleh syarikat besar, maka kita beranggapan faktor bersih dan suci itu telah dipatuhi hinggakan tidak mengambil kira tentang kesahihan label halalnya.
Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim terutama beberapa pendedahan media sebelum ini misalnya mengenai tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.
Walaupun telah ada syarikat milik orang Islam mengeluarkan produk-produk pengguna seperti ini, tetapi adakalanya faktor pemasaran menyebabkan ia sukar dicari pembeli. Jika ada dijual di pasar-pasar raya besar, susun aturnya pula tersorok di sebalik jenama lain.
Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Sahabat Roselle Marketing (SRM) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.
Konsep kedai runcit dengan nama Sahabat Roselle Marketing dan Kedai Sahabat Roselle (nama bagi setiap cawangan) yang seumpamanya ini mula diperkenalkan pada tahun 2008 bagi memasarkan barangan runcit halal di bawah satu bumbung.
Berbeza dengan kedai runcit biasa, SRM menjalankan perniagaan selama 10 jam sahaja bermula pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang bagi setiap hari Sabtu hingga Khamis, manakala tutup pada setiap hari Jumaat.
Beroperasi di Taman Impian Emas, Skudai Johor (HQ), konsep SRM yang menjalankan perniagaan berasaskan produk Muslim kepada pengguna beragama Islam ini pantas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna setempat.
Bertitik-tolak daripada ini, cawangan kedua mula beroperasi di Bandar Baru Uda, Johor Bharu pada Julai 2010. Ia disusuli cawangan lain iaitu di Taman Mutira Rini, Skudai Johor pada Mac 2011 dan cawangan terbaru di Taman Tasik Prima, Puchong Selangor pada Mac 2012 serta terdapat lebih dari 5 buah Rangkaian SRM di sekitar Negeri Johor.

"Maklum balas yang diterima meyakinkan SRM untuk mengorak langkah membuka lebih banyak cawangan/rangkaian SRM di seluruh negeri Johor sekurang-kurangnya 1 rangkaian bagi setiap daerah.
SRM juga merupakan antara kedai pertama di Johor yang mewujudkan peruncitan islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran tempatan dalam operasi peruncitan.
Visi perniagaan kami ialah:
Menggunakan tagline :
Visi perniagaan kami ialah:
- Untuk mendorong pasaran HALALLAN THOYYIBAH dan menjana peluang perniagaan bagi membangunkan ekonomi ISLAM.
- Untuk membina sebuah Komuniti Pengguna dan Usahawan MUSLIM yang bersifat Jemaah.
- Menjanakan kekuatan ummah melalui komitmen ekonomi dalam mempromosikan barangan HALALLAN THOYYIBAH yang berkonsepkan MUSLIM dengan membawa slogan 'PRODUK MUSLIM PILIHAN ANDA’ bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan masyarakat ISLAM.
Dengan adanya kedai SRM, kami berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada pengguna.
Melalui rantaian niaga pula, kita ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi.
Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.
Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor. Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera. Manakala 20 peratus lagi merupakan produk Muslim dikeluarkan oleh negara-negara Islam di Timur Tengah seperti Yaman, Arab Saudi, Iran dan lain-lain.
Melalui perniagaan runcit Muslim ini, SRM memasarkan produk-produk Muslim ini secara sistematik selain menjamin kebersihan dan kesucian produk-produk yang dihasilkan.
Sebenarnya ada banyak produk halal keluaran bumiputera Muslim tempatan yang kualitinya setanding dengan jenama lain tetapi pada harga lebih murah sesuai dengan ekonomi semasa pengguna.
Bagi meluaskan lagi rangkaian SRM, kami membuka PELUANG PERNIGAAN kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan runcit ini.
Secara tidak langsung lebih ramai usahawan Muslim dapat dihasilkan melalui peluang perniagaan ini. Lantaran itu, dapat memacu ekonomi masyarakat Islam.
Menerusi pakej niaga yang kami disediakan, ia terbuka kepada usahawan atau bakal usahawan peruncitan untuk membuka kedai runcit berkonsepkan produk Muslim di seluruh negara.
Berminat???
Hubungi Talian Hotline kami :
019 7703029 (En Yusuf)
Layari:
www.sahabatroselle.com
www.sahabatroselle.blogspot.com
Hubungi Talian Hotline kami :
019 7703029 (En Yusuf)
Layari:
www.sahabatroselle.com
www.sahabatroselle.blogspot.com